Monday, 9 September 2013

sejarah kmpk

Sejarah


Pihak kabinet telah meluluskan penubuhan Bahagian Matrikulasi pada 10 Mac 1999. Kolej-Kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan setelah perjawatan Matrikulasi diluluskan pada 1 Jun 1999. Kolej Matrikulasi Perak adalah Kolej Matrikulasi ke-enam yang ditubuhkan.

Kolej Matrikulasi perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24km dan 4km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 mac 2002. sehingga ini terdapat 123 orang pensyarah 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Tempoh pengajian bagi program pra-universiti ini mengambil masa dua semester (1 tahun). Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.

4 comments:

  1. sebuah jati diri yang ditunjukkan oleh generasi KMPk yang baharu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

      Delete
    2. di bumi.........KMPk
      AWESOME PERGH !!

      Delete
  2. Harrah's Casino Reno Hotel, Reno - MapyRO
    Harrah's 당진 출장마사지 Casino Reno is 부산광역 출장안마 Reno's 춘천 출장마사지 most distinctive casino 천안 출장안마 and hotel. The casino features a state-of-the art 2,000 seat layout, and features a 경주 출장샵 full service

    ReplyDelete