Monday, 9 September 2013

Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perak

Pengarah
Said Bin Manap AMN, AMP 
Timbalan Pengarah
Datin Roslina Binti Abdul Rashid

Ketua Jabatan sastera Ikhtisas
AzmirRadin Mustapha Amiruddin 
 Ketua Jabatan Matematik
 
Rosidah Mohd Isa
 Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar 
Shamsudin B Noordin
 Ketua Jabatan Sains
 Dr Shah Jahan Assanarkutty
Pegawai Eksekutif Kanan
Zainab Bt Wazir 

Kolej Kediaman

Kata Aluan Kolej Kediaman

Visi
  • Untuk menjadikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman yang berkualiti dan bersistematik
Misi
  1. Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman mengikut prosedur kerja yang ditetapkan agar dapat melahirkan staf yang berketrampilan dan berdaya saing
  2. Mewujudkan persekitaran kolej kediaman yang kondusif dan selamat dengan prasarana yang lengkap
  3. Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman dilaksanakan melalui kerjasama yang jitu, penghayatan budaya kerja cemerlang dan penambaikan yang berterusan
Piagam Pelanggan Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman

Kami, pihak pengurusan pentadbiran kolej kediaman beriltizam akan :-
  1. Memastikan urusan penempatan setiap pelajar ke kolej kediaman diselesaikan pada hari pendaftaran
  2. Memastikan kemudahan prasarana pelajar mencukupi dan terurus sepanjang masa.
  3. Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar semasa berada di kolej kediaman.
  4. Memastikan segalasuratberdaftar pelajar diterima oleh pelajar dengan cepat setelah tiba di kolej kediaman.
  5. Memastikan aduan kerosakan yang diterima dari pelajar diselesaikan dalam tempoh (2) hari bekerja bagi kes kecil dan (12) hari bekerja bagi kes besar.
  6. Memastikan pelajar dihantar untuk menerima rawatan dalam tempoh selewat-lewatnya (30) minit selepas aduan diterima.
  7. Memastikan waris mendapat maklumat berkaitan dengan pelajar yang hendak dihubungi selewat-lewatnya dalam tempoh (30) minit.
  8. Memastikan pelajar yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan kolej kediaman diselesaikan dalam tempoh (2) hari bekerja.



Kakitangan Kolej Kediaman

sejarah kmpk

Sejarah


Pihak kabinet telah meluluskan penubuhan Bahagian Matrikulasi pada 10 Mac 1999. Kolej-Kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan setelah perjawatan Matrikulasi diluluskan pada 1 Jun 1999. Kolej Matrikulasi Perak adalah Kolej Matrikulasi ke-enam yang ditubuhkan.

Kolej Matrikulasi perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24km dan 4km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 mac 2002. sehingga ini terdapat 123 orang pensyarah 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Tempoh pengajian bagi program pra-universiti ini mengambil masa dua semester (1 tahun). Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.